Best Toys

Wednesday, November 5, 2008

Cara Mudah Menerima Bayaran Kad Kredit Di Internet

Jika anda perhatikan dengan teliti, perkhidmatan penerimaan bayaran kad kredit menjadi satu keperluan sekiranya anda mula menjual produk di internet, terutamanya bila anda mula menjual produk anda pada pasaran antarabangsa.

Sekiranya anda tidak menggunakan perkhidmatan penerimaan bayaran melalui kad kredit, anda akan kehilangan beberapa peratusan pembeli yang bakal menjadi pelanggan anda. Tetapi bagaimana anda boleh mendapatkan perkhidmatan penerimaan bayaran kad kredit ini?

Baiklah, sebelum saya jawab soalan tersebut, mari kita renung satu kandungan emel yang saya terima.

Ianya datang daripada sebuah syarikat tempatan yang baru bertapak di dalam perniagaan internet. Jelas sekali perkhidmatan yang mereka tawarkan ialah sistem pemprosesan bayaran kad kredit. Kos permulaan untuk menggunakan perkhidmatan mereka ialah RM5,000 dan saya kurang pasti sekiranya ada kos tambahan atau bulanan.

Walaupun syarikat ini baru, saya rasa baik saya lawati laman web mereka. Produk tempatanlah katakan. Jadi, kalau kena caranya, mengapa tidak? Mungkin saya boleh pertimbangkan untuk memberi sokongan.

Namun, selepas melawati laman web syarikat ini, saya sedikit kecewa.

Kenapa?

Sebab laman web ini belum siap sepenuhnya. Ouch! Beberapa pautan (link) yang penting mempunyai “error message” dan maklumat lanjut mengenai syarikat ini pun tidak boleh diperolehi daripada laman web mereka.

Hmmm… saya terus ambil keputusan yang syarikat ini mungkin belum bersedia lagi untuk bersaing di bidang perkhidmatan penerimaan bayaran kad kredit. Buat pengetahuan anda, saya memang cerewet sedikit apabila memilih perkhidmatan penerimaan bayaran kad kredit ini. Ini penting kerana anda perlukan sekuriti yang tinggi apabila melibatkan pembayaran kad kredit. Jika laman web syarikat pun tidak memberikan impresi yang baik, agak sukar untuk saya meletakkan kepercayaan terhadap servis yang ditawarkan.

Di antara kriteria yang anda perlu pertimbangkan untuk melanggan perkhidmatan penerimaan bayaran kad kredit adalah seperti berikut:

  • Berapakah kos atau yuran yang perlu dikeluarkan? Adakah sekali sahaja atau bulanan?
  • Berapakah caj yang dikenakan bagi setiap transaksi kad kredit?
  • Adakah syarikat perkhidmatan penerimaan bayaran kad kredit ini mempunyai reputasi (track record) yang baik.
  • Apakah masalah yang dihadapi oleh peniaga yang menggunakan perkhidmatan mereka sebelum ini?
  • Siapakah yang menguruskan syarikat tersebut?
  • dan beberapa perkara lagi.

Jadi, untuk syarikat yang saya bincangkan di sini, saya batalkan hasrat saya untuk mengetahui servis yang mereka tawarkan dengan lebih lanjut.

Selama ini saya menggunakan beberapa servis penerimaan bayaran kad kredit antarabangsa dan saya rasa mungkin belum masanya saya mencari perkhidmatan yang baru.

Sekiranya berminat untuk menambahkan fasiliti penerimaan bayaran kad kredit di laman web anda, berikut adalah perkhidmatan yang saya guna dan syorkan.

  • 2Checkout.com - yuran USD$49 sekali sahaja dan anda boleh gunakan servis ini untuk menjual barangan fizikal dan digital. Mempunyai sistem affiliate sendiri. Caj 5.5% + $0.45 USD daripada setiap nilai jualan dikenakan.
  • ClickBank.com - yuran pengaktifan USD$49.95 sekali sahaja tetapi usahawan internet Malaysia mempunyai sedikit masalah untuk menggunakan servis mereka. Ebook “Chapter M” ada membincangkan masalah ini. Mempunyai sistem affiliate sendiri dan cuma membenarkan peniaga menjual barangan digital sahaja. Caj 7.5% + $1 USD daripada setiap nilai jualan dikenakan.
  • PayPal.com - percuma dan sekarang anda boleh mengeluarkan wang dari PayPal anda terus ke dalam kad kredit Visa anda. PayPal memang banyak digunakan kerana ianya percuma tetapi pada masa yang sama, terdapat juga masalahnya yang tersendiri. Tidak mempunyai sistem affiliate sendiri tetapi anda boleh gunakan service dari PayDotCom.com untuk tujuan pemasangan sistem affiliate. Caj 2.9% + $0.30 USD daripada nilai jualan dikenakan .

Ketiga-tiga servis di atas telah saya gunakan bertahun-tahun lamanya. Anda juga boleh pertimbangkan perkhidmatan yang diberikan di atas untuk kemudahan pembayaran pembelian produk yang anda jual di Internet.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://www.ZamriNanyan.com, http://www.SuccessUniversity.com.my dan http://www1.BisnesDigital.com/index.php?ref=soalzana http://www1.bisnesdigital.com/index.php?ref=soalzana
untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.

================================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan di atas tidak dibuang. Anda juga dibenarkan untuk mengubah link “Bisnes Digital” kepada link affiliate and untuk menjana pendapatan sampingan daripada artikel ini.
================================================

Sunday, May 4, 2008

Rahsia Lelong


Mahukah anda berjaya di dalam perniagaan eBay? Sebagai seorang yang baru dalam perniagaan eBay anda mungkin tidak mampu menjana wang yang besar melalui model perniagaan internet ini. Ini disebabkan anda belum tahu apakah rahsia sebenar kekayaan eBay.Com Pernahkah anda mendengar kejayaan beribu-ribu orang di eBay dalam menjana wang yang besar dan menjadikan eBay sebagai kerjaya sepenuh masa mereka? Ini adalah sesuatu yang benar kerana eBay ialah LOMBONG EMAS di mana berjuta-juta orang melayari eBay setiap hari untuk membeli dan menjual barangan di sini. "Lebih 50 Juta Dolar Transaksi Berlaku Di eBay Setiap Hari" Jika anda berjaya mendapat 1% daripada jumlah transaksi ini, anda akan menjadi saudagar eBay yang kaya raya. Ramai yang berhenti kerja dan terus melakukan perniagaan eBay sepenuh masa kerana hasil yang lumayan dapat diperolehi di sini.


Jika anda berazam untuk buat duit BANYAK di eBay.Com, di sini ada sesuatu yang menarik untuk anda ketahui... Rahsia Bagaimana Sepasang Suami Isteri Yang Berumur 47 Tahun Menjana $700,000 Di eBay.Com Terbongkar!!! "Ia bagaikan mimpi menjadi kenyataan, pendapatan eBay kami mencecah USD700, 000 setahun mengatasi jumlah pendapatan kami selama 25 tahun bekerja makan gaji" - Carl


1. Anda seorang pelajar? Anda boleh buat duit di ebay untuk membayar yuran semester 2. Anda seorang pesara kerajaan? Jual segala barangan yang tidak digunakan di rumah dan jana wang sepenuh masa di ebay. 3. Anda kerja makan gaji? Bajet yang tidak pernah cukup setiap bulan buat pening kepala sahaja. Lakukan perubahan sekarang dengan menjual produk di ebay secara part-time. 4. Anda seorang peniaga? Apa kata anda cuba jual produk anda di ebay dan dapatkan lebih banyak pelanggan di sana. 5. Anda seorang surirumah? Jika anda bosan dengan rutin harian di rumah, mulakan bisnes sampingan di ebay. Mudah dan menguntungkan. 6. Anda seorang penganggur? Mengapa perlu menunggu lama untuk mendapat pekerjaan tetap? Mulakan bisnes ebay anda sekarang dan anda akan mendapat pendapatan RM2000 - RM5000 sebulan mengalahkan gaji seorang manager.


E-Book ini ditulis oleh saya sendiri melalui inspirasi ebook penulis asal, Carl. Beliau merupakan eBay Titanium Power Seller yang mencapai jumlah jualan $700,000 setahun.


Tujuan ebook ini ditulis adalah untuk memberikan anda Lonjakan Semangat untuk mencuba ebay sebagai sumber pendapatan sepenuh masa.


Dijamin! Rahsia yang akan dibongkar tidak ramai yang tahu kecuali anda merupakan eBay Power Seller. Satisfaction Guaranteed!


Saya Menggelar E-Book Ini Sebagai "E-Book Keramat" Dapatkannya disini, timesnet2u@yahoo.com , E-Book ini bukan seperti e-book lain yang ditulis beratus-ratus muka surat tetapi tidak memberikan sesuatu yang benar-benar bermanfaat. E-Book ini sangat padat dan ringkas TETAPI apa yang bakal anda ketahui pasti akan mengejutkan anda. Pertama kali membaca ebook ini saya tergamam seketika, dan soalan bermain di kepala, "Mengapa sebelum ini saya langsung tidak tahu bahawa ebay adalah lombong emas?". Penyampaian ebook ini ringkas tetapi DIJAMIN akan memberikan anda INSPIRASI dalam memulakan bisnes ebay. Percayalah, selepas membaca ebook ini anda akan terus memulakan bisnes ebay tanpa membuang masa lagi. Kehebatan ebook ini sukar untuk digambarkan! E-Book ini adalah "The Missing Chapter". Satu bab yang hilang di dalam mana-mana ebook berkaitan dengan perniagaan di ebay. Saya hampir pentingkan diri sendiri dan tidak mahu kongsikan ilmu yang saya perolehi daripada ebook ini dengan sesiapa pun. Ia bagaikan sebuah kitab keramat yang cukup bernilai! Kesemua rahsia yang didedahkan PASTI membawa perubahan kepada sesiapa pun yang membacanya.




About the Author


Juhari Abdul Wahab berasal dari Malaysia.

Source: GoArticles